Sajak Persahabatan
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila
dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan
kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".
Dan
bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa
ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan
keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada
terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana
yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas
dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak
lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana
cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta
, tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada
diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Karena dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
Betapa
puisi persahabatan tersebut terasa penuh makna kehidupan yang tidak
pernah akan kering karena disirami oleh rasa percaya akan sesama sahabat
yang begitu melekat dalam hati.
Jika Anda ingin membuat puisi
persahabatan, maka sebenarnya tidak ada ketentuan baku yang
membatasinya. Anda bisa secara bebas menuangkan isi hati Anda. Adapun
letak kesuksesan puisi ini tentu saja ketika bisa dinikmati oleh banyak
orang, akan kedalaman makna persahabatan yang terkandung didalamnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar